Tuesday, October 15, 2013

Freedom ~



Baiklah! bagi merenggangkan jari jemari yang dah nak 'cramp' ni, nak kongsi laa sikit pasal sambutan kemerdekaan tahun ni. (dah terlambat? alaa nevermind)




Pertama sekali, kami kena bawa kain batik, berlakon ala-ala zaman dulu lah katakan. orang panggil pasca kemerdekaan?  muehehe



Kemudian, ada persembahan koir oleh pelajar tingkatan 4 dan ting. 2. Eh sebelum tu,hari Rabu kami dah buat pertandingan koir, jadi tahu-2 lah kan sapa menang? =D

Dah tu, ada juga pertandingan  hias kelas, kelas yang paling patriotik gitu. Pada mulanya, kelas aku macam tadak harapan laaa kan nak menang. Kesian pula guru kelas dok pesan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi sekali sekala cuba apa salahnya kan? Yalah, tahun depan belum tentu ada masa, sibuk ja dengan SPMnya. Selepas beberapa hari (lebih kurang 5 hari hias kelas)


kertas mahjong seludup dari belakang kelas. Minta maaf cikgu!!

Meja pun ada bendera masing-2 =)

Alhamdulillah, dapat tempat ... pertama !! 
Hadiah yang kami terima.. emm bolehlah~ tapi yang paling bermakna ialah PERPADUAN! yaa aku terharu juga sebab ramai yang beri kerjasama. Tak kesah lah terpaksa atau tak, tapi saat tu..adalah detik2..yang takkan kita lupakan,sampai tua!! syukran jazilan kathiran ya asdiqai =D

oh terima kasih juga kepada budak-2 kelas sebelah, Hikmah,Alina,Shatirah,Shahira dll sebab tolong warnakan bendera. >,<

ma'as salamah




0 comments:

Post a Comment