Sunday, December 30, 2012

lepas gian !


                                                           



27 disember 2012 . khamis .

my new record ! Jalan2 dengan cuzin kat taman . nampak monkey bar


                                                         
guess apa yang aku buat? >,< . dengan tak malunyaa pergi main sekali . first round , lepas ! 2nd round , baru lepas tiup belon sabun (atas permintaan adik2 jugak yaa)


                                            

tangan pulak licin dan melekit . akhirnyaaaaaa

                                             
gedebuk !! 

jatuh ke belakang lak tu . siku kanan rasa sakit sangat . tp tak darah . takut jugak jadik apa2 . retak ka, apa ka . tp aku sengih ja lah . satg menangis tak pasai2 budak2 tu join sekali .

lepas tu , boleh lagi lumba basikal (tolak kod belakang) .

masa nak amik wudhu' . masyaAllah , tak mampu nak gerak tangan . guna sebelah kiri ja lah . masa rukuk dan sujud pun sama . dalam hati mohon sgt2 agar Allah tak tarik nikmat ni . tak tentu arah jadinya . sat solat berdiri , duduk pulak . at last , paksa jugak berdiri . haha


esoknya p x-ray . doktor cakap otot bengkak ja . tapi kena exercise . kalau tak , tangan aku kekal keras camtu . huii xmo2 . lagi2 kalau nak kena mengurut . oh tidak ! tak rela meraung kesakitan .

yg bestnyaa , bila jatuh ka , terhantuk ka , confirm aku demam . macam sehari sebelum pmr tu . orang kalut dok cover , aku kalut tidur kat surau . hahahaha

sekarang dah baik sikit . juz tangan ni rasa macam ada muscle pulak ! keras ! macam baru lepas kawad senjata atau memanah . adoii ! haha

p/s : dapat ubat kebas urat,bengkak,tahan sakit n ada lagi satu (tak ingat) . tp yg paling sedap , ubat kecik warna biru tu. rasa mint . yummy !! =D

when dream comes true =)

                                 
                                         

last year , my promise to my late grandfather . <3


                                               


al fatihah to abdul latiff bin haji salleh . moga roh mu dicucuri rahmat ... =')

Sunday, June 24, 2012

arghhh !

Assalamu'alaikum ..

hai ! hari nie saya nak cerita serba sikit aktiviti saya pada minggu depan =) nak tahu? kalau tak nak xpaa .. *ada saya kesah? haha ..

ISNIN : hari mawaddah  ! huii hari yang paling budak-2 tak suka . except budak2 yang baik2, sopan santun n pandai . cop2 !! tahu tak hari mawaddah tu apa? alaaa hari parents datang tengok result anak-anak ler . kalau saya pulak result menurun nie ! mak tak tau lagi ! takut la nak cakap . nanti saya yang sedih~ mak tak marah tapi bila cakap jaa .. zupp ! menusuk ke kalbu dowh .. tiap2 taon saya selalu kantoi


"ni sebab duk on9 sampai 2-3 pagi la"  kat depan senyum, dalam hati 'sampai subuh kut?' haha 



SELASA : PMR KKQ~ mati ! baru baca sikit jer nie!! habeh2 , satgi malam pakat duk stay up baca laa..  then raptai sukan . lol limit 4 acara, 4 acara laa saya masuk huahuahua 



RABU : SUKAN TAHUNAN ! haha nak tau saya masuk apa? saya masuk ,,,

lari 100m,
4x100m, 
lompat jauh 
tarik tali .. 

haha tak nak laa masuk lari yang jauh2 ,, takut cramp nanti ,  ,tapi kan,, masa merentas desa saya dapat no. 6 . haha 1st time top ten tu! dulu no 21 jaa .. >,< lompat jauh , huaaa yang ni problem sikit . tiap2 tahun asyik no. 2 jaa .. bila nak no.1 nie? 'bila Wan Anis x masuk kut !' haha btw, kami sukan kat stadium .. kalau nak datang , silakan ~ jangan ponteng sekolah dah laa .. hahah



Khamis : IHTIFAL ! ni yang paling sesak nafas fikir ! 


SABTU : CERAMAH kat USM .. ni saya BLUR sikit . ceramah apa pun tak cakap . nanti nak bawa buku apa? pakai baju apa? belajar apa? nah abaikan ja lah ! =)

ok that's all .. haha kalau dah tahu tu senyap jaa kayh ! saya tak nak bising-2 ^^ kay bye~ 


Saturday, June 23, 2012

happy-2!!

Assalamualakum ..

malam jumaat aku dapat idea nak menulis . dari pukul 9:15 sampai 12:40 aku menulis ja . bukan nak buat h/w . tapi aku puas ! aku buat apa yang aku suka , bukan dipaksa ..




bestnyaa ! bila minggu balik jaa mesti aku tak ngantok dalam kelas . btw, subuh tadi aku terhantuk hujung katil. dum ! kuat kut bunyi, kuat jugak aku mengaduh, sorang pun tak terjaga. kesian aku kan? lepas tu, aku tidur balik . pengsan kut ! hahah 






balik sekolah pukul 2:30 petang . lepas mandi , bukak buku sat . rajin kan? a'ah buat latihan 30 minit, tidur 3 jam . dah la aku tak confirm dengan mak minggu ni balik, mujur aku dah inform awal-2. tapi jenuh gak la mak  tunggu aku sampai 30 minit. serious aku x sedar ! tup tup dah pukul 6.kalut aku jenguk kat luar . atoii!


Sunday, May 6, 2012

Daya Ingatan

Assalamualaikum !

yeay ! ak x tdoq lagii .. hoho harap-2 esk xdak sapa yg tny ak tdoq pkol bpa .... daya ingatan? hurm cmna nak senang ingat huh?

sorang sahabat cakap aku ada strong memory *kembang sekejap .. haha ! ak tak bagi tau jawapannya sebab .. ak risau kalau dy salah faham .. ! ak ikhlas pon dia ingat ak perli .. xkan ak nak kna cakap selalu ak ikhlas .. kan org yg ikhlas x cakap dy ikhlas? satgi kalu ak cakap pasal ni lagi laa .. haish pehal lah !! *membebel sat

balik kpd tajuk ... ak bole ingat sebab

SAYANG 


contoh kenangan :


bila ampa demam sapa jaga? cmna dy jaga? 

bila ampa buat perkara nakal 

ingat tak?

that's mean ampa sayangkan kenangan tu


tp benci pon ada jugak (untuk certain-2 perkara)

bila ampa jatuh org gelak sakan

bila ampa gaduh ngan bestfriend 

ingat tak?

that's mean ampa bencikan kenangan tu .. x kan suka pulak kan? selalunya , kita akan try lupakan .. yala ~ buat apa nak ingat benda yg pahit kan? sakit hati jaa nanti!

so bila nak study .. sayang subjek tu .. kalau boleh semua subjek .. insyaAllah 9A dalam genggaman n i'm trying to love that .. 

n kalau ampa nak tau .. ak ada bnyk 'bnda' yg ak sayang .. n ak akan cuba ingat sampai bila-2 =)
                    

            ~ daa my lovely friends~





Sunday, April 22, 2012

kartun !

Assalamualaikum ..

oh aku tengah rushing sekarang nie ! tp sempat kot tulis .. aku baru lukis satu kartun .. nma dia endou momoru (ak x pernah dengaq pon) . haha nak tengok? sat erk?




cmna? oke tak? 


besar pulak ! sama tak? keh3

satu jaa tips yg aku selalu guna masa melukis .. YAKIN DIRI .. ampa lukis dulu sampai siap .. erase sikit-sikit je .. bila dah siap baru perbetul .. haha

oke laa .. sampai sini jaa .. aku nak kena siap-2 .. nak makan lagi , mandi lagi , solat lagi n macam-2 lagi laa 

see u soon friendzzz

Wednesday, January 25, 2012

t!kus oh t!ikus

Assalamualaikum ...



Ola! nak tau x kenapa pagi2 buta ni tikus jadi mangsa topik aku? sebab tadi cik ti buat hal .. cik ti gerit roti aku! baru nak sumbat roti dalam mulut je dah nampak kesan gigitan .. ingatkan budak2 nakal mana la makan x reti perabih .. aku cari yg len pulak .. pun sama!! bila keluarkan semua .. habis satu plastik roti gardenia tu cik ti gerit .. nasib baik tengok dulu .. kalau x , x pasal2 aku makan bekas cik ti .. uwek!

Dulu masa aku dok basuh pinggan (rajin la konon) .. tiba2 rasa geli2 kat kaki .. cik ti punya keja jugak la nie! cik ti rabat kaki aku! macam xdak jalan lain dah nak lalu .. grr lintang pukang aku lari ..

Masa amik wudhu' pun sama .. ish harap badan je gemok tapi lubang yang kecik tu pun cik ti bole lalu .. terkagum pulak aku masa tu ..

p/s : cik ti tu tikus yang xdak sapa2 bela ... sapa nak cik ti meh umah aku, dah beranak-pinak pun .. aku bagi free je .. =D

Saturday, January 21, 2012

Karangan Fakta (man made from 2 iltizam)

    Bagai kapas putih yang berterbangan bebas di alaf langit yang serba moden dan canggih.Itulah ibarat cahaya mata ibu bapa yang masih dangkal dalam mengejar hakikat duniawi yang penuh pancaroba dan dicemari dengan sikap materialisme yang mekar dalam sanubari sesetengah anak-anak terutamanya golongan remaja.Biarpun anak-anak menghirup udara yang kering dan memijak tanah yang gersang, namun heterogen kekangan yang ditimbulkan oleh anak-anak hasil titik peluh ibu bapa membesarkan mereka. Mengapa kemelut ini semakin berleluasa? Pada zaman globalisasi ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar juga kaca televisyen masalah jenayah yang dilakukan oleh anak-anak seperti vandalisme,merogol,pembuangan bayi dan sebagainya. Jalinan kasih antara ibu bapa dengan anak-anak boleh diumpamakan bagai isi dengan kuku. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak supaya menjadi insan kamil yang berjaya menikam mata rakyat di persada bangsa?

        Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika diamati dengan teliti, peribahasa ini membawa maksud yang besar dan berkait rapat antara ibu bapa dan anak-anak. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapalah yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut jejak ibu bapa kerana ibu bapa memberikan pengaruh yang efektif terhadap perlakuan anak-anak. Hal ini kerana, apabila terlahir seorang insan yang suci bagai kain putih, ibu bapa jualah manusia pertama yang akan dilihat oleh si bayi. Maka, setiap perbuatan atau tutur kata ibu bapa menjadi titik -tolak kepada anak-anak dalam menongkah arus kehidupan sementara di alam fana ini. Jika baik perangai ibu bapa, baiklah tingkah laku anak-anak. Tetapi, sesetengah anak-anak tidak mengikut tabiat ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan menjadi entiti mithali kepada anak-anak.

     Dalam merentasi dunia tanpa sempadan, remaja didedahkan dengan rencaman gejala sosial dan budaya kuning yang boleh merobek akidah nurani mereka. Ibu bapa sepatutnya sensitif dengan permasalahan ini dan mengambil tindakan drastik agar mereka tidak kehilangan permata hati yang amat ternilai ini. Hal ini kerana, remaja memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa sepatutnya berusaha melahirkan keluarga yang beriman dan diredhai Allah. Mereka sepatutnya mentarbiah anak-anak sejak dari kecil lagi keran melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberi didikan agama dan menerapkan nilai murni kepada aset yang berharga ini.

    Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Hal ini kerana, anak-anak merupakan anugerah tuhanyang paling bernilai di dalam hidup setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Oleh itu, ibu bapa mestilah meluangkan masa mereka demi anak-anak. Hlal ini kerana, anak-anak terutamanya remaja mempunyai jiwa yang memberintak. Pepatah Melayu ada menyebut masa itu emas. Jadi, ibu bapa perlulah bijak membahagikan masa bersama keluarga dan waktu mencari rezaki. Ketiadaan masa yang diluangkan bersama anak-anak akan menyebabkan meraka kurang merasa kasih-sayang yang menyentak-nyentak sukma. Mereka dengan mudahnya membiarkan hawa nafsu mengawal diri dan akhirnya kelak akan memakan diri mereka sendiri.

     Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak terlalu bebas pergaulan. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak mereka,teman sepergaulan,ke mana mereka keluar dan sebagainya. Mengenali rakan-rakan anak mereka merupakan prakarsa yang baik kerana rakan boleh membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana, mereka lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan selain daripada keluarga. Tetapi ibu bapa mestilah menjaga batas dalam mengawasi anak-anak. Janganlah terlampau mengongkong anak-anak sehingga mereka ingin memberontak.Oleh itu, ibu bapa harus berusaha meluangkan masa bersama ank-anak untuk mengawasi anak-anak seharian.

    Konklusinya, setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Hal ini kerana, ibu bapa yakin mereka telah memberi didikan yang sempurna untuk anak-anak mereka dalam menjalani hidup ini.Dengan cara yang dinyatakan di atas, tidak mustahil bagi anak-anak menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Walaupun kejayaan yang diperoleh itu tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa namun cukup sekadar menggembirakan, membanggakan dan menyenang hati kedua orang tua kita. Oleh itu, saya tegaskan bahawa ibu bapa haruslah mendidik dan membesarkan anak-anak dengan baik agar mereka berjaya dalam kehidupan ukhrawi dan duniawi.

Cuti ... Cuti .. Cuti !!!

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah ! selepas 3 minggu dok ostel , balik jugak aku ... tapi aku rasa, tahun ni macam banyak jer cuti .. alahai! tak bermakna cuti tu kalau hati x tenteram .. bila duduk umah, aku sanggup bersengkang mata untuk baca 'muka buku' & blogger daripada buku2 sekolah .. apehal lah! pasal azam tahun baru aku tu .. haha! azam la sangat , 5 hari je aku dapat tahan mata daripada tidur , lepas tu aku tidur sambil duduk and lastly, sebab x tahan sangat, aku letak kepala atas meja! haha nasib baik cikgu tak perasan juz sekali dua tu ada la terkantoi ! mau x kantoi ,, aku dok depan sekali derr .. kira awesome la kan x sampai 3 kali lagi... hahah! tapi tadi aku tak ngantuk langsung sedangkan aku tidur pukul 2, malam tu .. maybe sebab excited nak balik umah kut .. kalau cam tu , baik aku jadi outsider jer .. haha! ish xbole2 .. nanti aku jadi insan sepi pulak .. =P

-ana abdullahi walan yudhi'ani- (aku hamba Allah, Dia x akan mengecewakanku)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year !

             


  assalamualaikum !!
hahax .. nampak x? atas tuu? ... so, ak nak ucapkan , 



EpY NeW YeaR!!! (]^_^[)


say daaa to 2011 and welcome 2012 .. new year, new episode of our life, and hope can meet with
new friends ...

insyaAllah !

kay, tahun baru nie mesti dah ada azam baru, kan?
apa azam korang?


azam ak .............................. jeng jeng jeng !!





nak fokus ! study rajin-rajin .... tapi ak frust btoi laa bila orang dok banding-banding ak ngan orang lain .. ak nie bukan budak genius, cikgu ajar terus masuk kepala otak ... so, x payah la nak beza-bezakan ak ngan bdak2 pandai tu .. biaq la ak nak study hard ka, study smart ka, korang jelez apa? (x puas hati .. haish! kalau la ak bole cakap camni kat bdak2 jelez tu)


sebenarnya ..... ak suka tidur dalam kelas .. harap jer sampai sekolah pukul 6.50 .. terus lentok kepala kat meja ... bila kawan sebelah mai, dy mesti berleter 

" atirah!!!! ish keja tdo jer budak nie "



masa cikgu mengajar pun ak tdo .. alahai! patutla x berapa nak faham .. bila nak dekat exam, baru la 

''ooo, bila kita belajar pasal topik nie??" (lepas ulangkaji)



kepada calon-calon PMR , sedaq laa! dah habis holiday dah oii! (diri sendiri x sedaq2 lagi)
dah target ka blom? ak? x sempat nak target , dah ada orang targetkan ... huu nasib2 ... doakan ak dapat result cemerlang2 tau?! dan jangan lupa


usaha+doa+tawakkal = mumtaz!!


me too! hahah




Belief in oneself is one of the most important bricks in building any successful venture.
Lydia M. Child