Wednesday, January 25, 2012

t!kus oh t!ikus

Assalamualaikum ...



Ola! nak tau x kenapa pagi2 buta ni tikus jadi mangsa topik aku? sebab tadi cik ti buat hal .. cik ti gerit roti aku! baru nak sumbat roti dalam mulut je dah nampak kesan gigitan .. ingatkan budak2 nakal mana la makan x reti perabih .. aku cari yg len pulak .. pun sama!! bila keluarkan semua .. habis satu plastik roti gardenia tu cik ti gerit .. nasib baik tengok dulu .. kalau x , x pasal2 aku makan bekas cik ti .. uwek!

Dulu masa aku dok basuh pinggan (rajin la konon) .. tiba2 rasa geli2 kat kaki .. cik ti punya keja jugak la nie! cik ti rabat kaki aku! macam xdak jalan lain dah nak lalu .. grr lintang pukang aku lari ..

Masa amik wudhu' pun sama .. ish harap badan je gemok tapi lubang yang kecik tu pun cik ti bole lalu .. terkagum pulak aku masa tu ..

p/s : cik ti tu tikus yang xdak sapa2 bela ... sapa nak cik ti meh umah aku, dah beranak-pinak pun .. aku bagi free je .. =D

Saturday, January 21, 2012

Karangan Fakta (man made from 2 iltizam)

    Bagai kapas putih yang berterbangan bebas di alaf langit yang serba moden dan canggih.Itulah ibarat cahaya mata ibu bapa yang masih dangkal dalam mengejar hakikat duniawi yang penuh pancaroba dan dicemari dengan sikap materialisme yang mekar dalam sanubari sesetengah anak-anak terutamanya golongan remaja.Biarpun anak-anak menghirup udara yang kering dan memijak tanah yang gersang, namun heterogen kekangan yang ditimbulkan oleh anak-anak hasil titik peluh ibu bapa membesarkan mereka. Mengapa kemelut ini semakin berleluasa? Pada zaman globalisasi ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar juga kaca televisyen masalah jenayah yang dilakukan oleh anak-anak seperti vandalisme,merogol,pembuangan bayi dan sebagainya. Jalinan kasih antara ibu bapa dengan anak-anak boleh diumpamakan bagai isi dengan kuku. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak supaya menjadi insan kamil yang berjaya menikam mata rakyat di persada bangsa?

        Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika diamati dengan teliti, peribahasa ini membawa maksud yang besar dan berkait rapat antara ibu bapa dan anak-anak. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapalah yang menjadi suri teladan kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut jejak ibu bapa kerana ibu bapa memberikan pengaruh yang efektif terhadap perlakuan anak-anak. Hal ini kerana, apabila terlahir seorang insan yang suci bagai kain putih, ibu bapa jualah manusia pertama yang akan dilihat oleh si bayi. Maka, setiap perbuatan atau tutur kata ibu bapa menjadi titik -tolak kepada anak-anak dalam menongkah arus kehidupan sementara di alam fana ini. Jika baik perangai ibu bapa, baiklah tingkah laku anak-anak. Tetapi, sesetengah anak-anak tidak mengikut tabiat ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan menjadi entiti mithali kepada anak-anak.

     Dalam merentasi dunia tanpa sempadan, remaja didedahkan dengan rencaman gejala sosial dan budaya kuning yang boleh merobek akidah nurani mereka. Ibu bapa sepatutnya sensitif dengan permasalahan ini dan mengambil tindakan drastik agar mereka tidak kehilangan permata hati yang amat ternilai ini. Hal ini kerana, remaja memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa sepatutnya berusaha melahirkan keluarga yang beriman dan diredhai Allah. Mereka sepatutnya mentarbiah anak-anak sejak dari kecil lagi keran melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberi didikan agama dan menerapkan nilai murni kepada aset yang berharga ini.

    Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Hal ini kerana, anak-anak merupakan anugerah tuhanyang paling bernilai di dalam hidup setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Oleh itu, ibu bapa mestilah meluangkan masa mereka demi anak-anak. Hlal ini kerana, anak-anak terutamanya remaja mempunyai jiwa yang memberintak. Pepatah Melayu ada menyebut masa itu emas. Jadi, ibu bapa perlulah bijak membahagikan masa bersama keluarga dan waktu mencari rezaki. Ketiadaan masa yang diluangkan bersama anak-anak akan menyebabkan meraka kurang merasa kasih-sayang yang menyentak-nyentak sukma. Mereka dengan mudahnya membiarkan hawa nafsu mengawal diri dan akhirnya kelak akan memakan diri mereka sendiri.

     Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak terlalu bebas pergaulan. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak mereka,teman sepergaulan,ke mana mereka keluar dan sebagainya. Mengenali rakan-rakan anak mereka merupakan prakarsa yang baik kerana rakan boleh membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana, mereka lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan selain daripada keluarga. Tetapi ibu bapa mestilah menjaga batas dalam mengawasi anak-anak. Janganlah terlampau mengongkong anak-anak sehingga mereka ingin memberontak.Oleh itu, ibu bapa harus berusaha meluangkan masa bersama ank-anak untuk mengawasi anak-anak seharian.

    Konklusinya, setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Hal ini kerana, ibu bapa yakin mereka telah memberi didikan yang sempurna untuk anak-anak mereka dalam menjalani hidup ini.Dengan cara yang dinyatakan di atas, tidak mustahil bagi anak-anak menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Walaupun kejayaan yang diperoleh itu tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa namun cukup sekadar menggembirakan, membanggakan dan menyenang hati kedua orang tua kita. Oleh itu, saya tegaskan bahawa ibu bapa haruslah mendidik dan membesarkan anak-anak dengan baik agar mereka berjaya dalam kehidupan ukhrawi dan duniawi.

Cuti ... Cuti .. Cuti !!!

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah ! selepas 3 minggu dok ostel , balik jugak aku ... tapi aku rasa, tahun ni macam banyak jer cuti .. alahai! tak bermakna cuti tu kalau hati x tenteram .. bila duduk umah, aku sanggup bersengkang mata untuk baca 'muka buku' & blogger daripada buku2 sekolah .. apehal lah! pasal azam tahun baru aku tu .. haha! azam la sangat , 5 hari je aku dapat tahan mata daripada tidur , lepas tu aku tidur sambil duduk and lastly, sebab x tahan sangat, aku letak kepala atas meja! haha nasib baik cikgu tak perasan juz sekali dua tu ada la terkantoi ! mau x kantoi ,, aku dok depan sekali derr .. kira awesome la kan x sampai 3 kali lagi... hahah! tapi tadi aku tak ngantuk langsung sedangkan aku tidur pukul 2, malam tu .. maybe sebab excited nak balik umah kut .. kalau cam tu , baik aku jadi outsider jer .. haha! ish xbole2 .. nanti aku jadi insan sepi pulak .. =P

-ana abdullahi walan yudhi'ani- (aku hamba Allah, Dia x akan mengecewakanku)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year !

             


  assalamualaikum !!
hahax .. nampak x? atas tuu? ... so, ak nak ucapkan , 



EpY NeW YeaR!!! (]^_^[)


say daaa to 2011 and welcome 2012 .. new year, new episode of our life, and hope can meet with
new friends ...

insyaAllah !

kay, tahun baru nie mesti dah ada azam baru, kan?
apa azam korang?


azam ak .............................. jeng jeng jeng !!





nak fokus ! study rajin-rajin .... tapi ak frust btoi laa bila orang dok banding-banding ak ngan orang lain .. ak nie bukan budak genius, cikgu ajar terus masuk kepala otak ... so, x payah la nak beza-bezakan ak ngan bdak2 pandai tu .. biaq la ak nak study hard ka, study smart ka, korang jelez apa? (x puas hati .. haish! kalau la ak bole cakap camni kat bdak2 jelez tu)


sebenarnya ..... ak suka tidur dalam kelas .. harap jer sampai sekolah pukul 6.50 .. terus lentok kepala kat meja ... bila kawan sebelah mai, dy mesti berleter 

" atirah!!!! ish keja tdo jer budak nie "



masa cikgu mengajar pun ak tdo .. alahai! patutla x berapa nak faham .. bila nak dekat exam, baru la 

''ooo, bila kita belajar pasal topik nie??" (lepas ulangkaji)



kepada calon-calon PMR , sedaq laa! dah habis holiday dah oii! (diri sendiri x sedaq2 lagi)
dah target ka blom? ak? x sempat nak target , dah ada orang targetkan ... huu nasib2 ... doakan ak dapat result cemerlang2 tau?! dan jangan lupa


usaha+doa+tawakkal = mumtaz!!


me too! hahah




Belief in oneself is one of the most important bricks in building any successful venture.
Lydia M. Child